Terbuka Malaysia: Tugas Berat Menanti Wakil Negara Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 9:46 PM

Datuk Lee Chong Wei akan bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark yang juga pemain nombor lima dunia dalam perlawanan separuh akhir Terbuka Malaysia, Sabtu. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tugas berat menanti dua wakil negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Malawati Sabtu.

Chong Wei akan bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark yang juga pemain nombor lima dunia manakala Peng Soon/Liu Ying akan bertarung dengan pasangan terbaik dunia Zhang Nan/Zhao Yunlei dari China.

Pada suku akhir, Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk menyingkirkan pemain Denmark, Viktor Axelsen dengan straight set 21-14 dan 21-13.

Chong Wei mengambil masa 40 minit untuk berada di landasan yang terbaik dalam memburu gelaran ke-11 Terbuka Malaysia.

Pemain keempat dunia itu pernah menjuarai Terbuka Malaysia pada 2004, 2005, 2006 dan 2008-2014.

Terdahulu, Jorgensen mengejutkan jaguh sensasi dunia, Lin Dan dengan mudah 21-17 dan 21-4.

Berdasarkan rekod pertemuan, Jorgensen hanya pernah menewaskan Chong Wei pada 2009 di Siri Super China.

Kali terakhir mereka bertembung di Terbuka China tahun lepas.

"Jorgensen adalah antara pemain terbaik dunia...tidak terkejut dia mengalahkan Lin Dan. Saya jangkakan perlawanan sengit esok.

"Bermain di tempat sendiri memberi kelebihan kepada saya untuk bermain dengan lebih baik. Selepas tewas dalam dua kejohanan sebelum ini, saya menemui kembali rentak permainan di sini," kata Chong Wei.

Sementara itu, beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying juga menghadapi tugas berat apabila menanti mereka di separuh akhir adalah pilihan pertama Zhang Nan/Zhao Yunlei dari China.

Pada perlawanan suku akhir hari ini pasangan negara mengekalkan momentum kemenangan mengalahkan Puavaranukroh Dechapol/Sapsiree Taerattanachai dari Thailand dengan 21-18, 20-22 dan 21-17.

Dalam pertarungan lebih sejam, pasangan negara tidak dapat menghidu strategi pihak lawan yang menyebabkan mereka banyak memberi mata percuma sehingga mereka terikat 20-20 sebelum tewas pada set kedua.

"Pada set penentuan, kelebihan berpihak kepada kami selepas menukar strategi permainan. Esok lawan kami handal. Rentak permainan mereka (Zhang/Yunlei) lebih kurang sama dengan kami tapi mereka ada kelebihan," kata Liu Ying.

Zhang/Yun Lei mengalahkan pasangan Singapura/Danny Bawa Chrisnanta/Vanessa Neo Yu Yan dengan straight set 21-15 dan 21-12.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Chen Long menepati ramalan mara ke separuh akhir dan akan bertemu pemain meningkat naik, Jonatan Christie dari Indonesia.

Juara bertahan itu mengalahkan rakan senegaranya Tian Houwei 21-16, 21-16.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan