Terbuka Malaysia: Beberapa Pemain Bukan Pilihan Lepasi Halangan Pusingan Pertama

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 11:29 PM

Pemain meningkat naik dari Indonesia, Jonatan Christie mengejutkan pilihan ketujuh, Chou Tien Chen dari Taiwan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Beberapa pemain bukan pilihan mempamerkan prestasi cemerlang dengan mencipta kejutan menewaskan lawan masing-masing pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2016 yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini Rabu.

Pilihan pertama pasangan beregu wanita dari China, Luo Ying-Luo Yu terpaksa akur apabila tumpas di pusingan pertama kepada pasangan dari Jepun, Shizuka Matsuo-Mami Naito.

Beregu nombor dua dunia itu tewas kepada pasangan Jepun tersebut, yang kini berada di ranking ke-12 dunia, dengan 13-21, 14-21.

Berbeza pula dengan satu lagi pasangan beregu wanita China apabila mengejutkan pilihan keempat, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl.

Beregu bukan pilihan dari China itu menumpaskan pasangan dari Denmark tersebut dengan 21-16, 22-20 dalam masa 41 minit.

Pemain meningkat naik dari Indonesia, Jonatan Christie pula menampilkan prestasi membanggakan apabila mengejutkan pilihan ketujuh, Chou Tien Chen dari Taiwan.

Bagaimanapun, pemain Indonesia berusia 18 tahun itu terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan lawannya itu 21-13, 12-21 dan 21-8 dalam masa 47 minit.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan