Cabaran Malaysia Pada Terbuka India Berakhir

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 8:15 PM

Pasangan beregu negara V Shem-Wee Kiong tewas dalam saingan akhir Terbuka India pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia di Siri Super Terbuka India berakhir selepas beregu utama lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas di separuh akhir, Sabtu.

Juara Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu tewas straight set 15-21, 17-21 kepada pasangan Indonesia, Gideon Markus Fernaldi-Kevin Sanjaya Suka Muljo dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Siri Fort, New Delhi, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Gideon-Kevin akan menentang rakan senegara yang juga pilihan ketujuh, Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi di final pada Ahad.

Angga-Ricky mara ke final selepas menundukkan pilihan kelima, Ko Sung Hyun-Shin Baek Cheol dari Korea Selatan 21-18, 6-21, 21-19 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Cabaran negara dalam acara perseorangan berakhir Khamis lepas selepas Datuk Lee Chong Wei tewas mengejut kepada pemain Hong Kong, Wei Nan di pusingan kedua.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran di kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah US$300,000 (RM1.174 juta). -Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan