Nicol Jatuh Ke Tempat Kelima Ranking Dunia PSA

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 9:50 PM

Nicol David.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David jatuh tiga anak tangga kepada kedudukan kelima dalam Ranking Dunia Wanita, Persatuan Skuasy Profesional (PSA) bagi April, yang dikeluarkan pada Jumaat.

Menurut laman sesawang PSA, www.psaworldtour.com, pemain berusia 32 tahun itu mengumpul purata 2,121 mata selepas beraksi dalam sembilan kejohanan, dan kedudukan itu adalah terendah baginya dalam ranking dunia sejak 2004.

Penurunan secara mendadak kedudukannya itu berikutan kegagalan Nicol meraih sebarang gelaran musim ini, dan beliau hanya menjuarai Terbuka Hong Kong pada Disember 2015.

Juara kebangsaan, Delia Arnold kekal di tempat ke-15, manakala Low Wee Wern jatuh tujuh anak tangga kepada kedudukan ke-42, selepas hanya beraksi pada empat kejohanan dalam Jelajah Dunia PSA.

Pemain British, Laura Massaro masih mengekalkan kedudukan teratas untuk empat bulan berturut-turut selepas mengumpul purata 2,909 mata, walaupun hanya meraih satu gelaran musim ini - Kejohanan Kebangsaan British pada Februari.

Nour El Sherbini, 20, yang muncul pemain Mesir pertama meraih gelaran berprestij Terbuka British dalam sejarah 94 tahun kejohanan itu, baru-baru ini, naik tiga anak tangga menggantikan tempat Nicol di kedudukan kedua, selepas mengumpul purata 2,706 mata.

Rakan senegara Nour, Raneem El Welily dan Camille Serme dari Perancis, masing-masing kekal di tempat ketiga dan keempat, selepas mengumpul purata 2,148 dan 2,133 mata.

Tags / Kata Kunci: Nicol David , PSA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan