Chong Wei Tersingkir Dari Terbuka India

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 11:33 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir seawal pusingan kedua Kejohanan Siri Super Terbuka India apabila tewas kepada Wei Nan dari Hong Kong di New Delhi, Khamis malam.

Pemain nombor tiga dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan, tewas straight set 19-21, 19-21 kepada Wei Nan yang berada 11 ranking di bawahnya dalam pertarungan sengit selama 42 minit, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Ini adalah kekalahan mengejut kedua bekas pemain nombor satu dunia itu selepas tersingkir seawal pusingan pertama di Seluruh England kepada pemain India, B. Sai Praneeth, tiga minggu lepas.

Chong Wei yang memburu gelaran keempatnya di Terbuka India selepas menjuarainya pada 2011, 2013 dan 2014, kini akan beraksi di Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam dari 5 hingga 10 April ini.

Pemain berusia 33 tahun itu yang menjuarai Terbuka Malaysia sebanyak 10 kali, kini perlu memberikan aksi yang lebih meyakinkan untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam senarai ranking di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Ogos ini.

Terdahulu, beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke suku akhir selepas menewaskan Wang Yilyu-Zhang Wen dari China 21-18, 21-16.

Di suku akhir, juara Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu akan menentang pilihan keempat Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding dari Denmark.

Sementara itu, pasangan Hoon Thien How-Teo Kok Siang pula tewas 19-21, 13-21 kepada pilihan kelima, Ko Sung Hyun-Shin Baek Cheol dari Korea Selatan dalam aksi pusingan kedua mereka.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran di kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$300,000 (RM1.174 juta). - Bernama

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan