Terbuka New Zealand: Beregu Campuran Cipta Kejutan, Singkir Pilihan Utama

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon semakin menghampiri gelaran pertama mereka musim ini selepas mara ke final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka New Zealand, Sabtu.

Dalam saingan separuh akhir di Auckland, gandingan emas Sukan Asia 2010 itu melakukan kejutan menyingkirkan pilihan utama, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na dari Korea Selatan dengan keputusan 21-19, 10-21, 24-22.

Liu Ying/Peng Soon, selaku pilihan ketiga kejohanan, dan menduduki ranking ke-13 dunia  terpaksa berhempas pulas selama 68 minit untuk menang.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.org Liu Ying/Peng Soon akan menentang gandingan China, Zheng Siwei/Li Yinhui pada final, Ahad.


Sementara itu, aksi cemerlang pemain remaja negara, Soo Teck Zhi tersekat di separuh akhir perseorangan lelak apabila tewas dalam straight sets 18-21, 17-21 kepada pemain China, Huang Yuxiang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan