Peng Soon-Liu Ying Mara Ke Suku Akhir Terbuka NZ - Raket | mStar

Peng Soon-Liu Ying Mara Ke Suku Akhir Terbuka NZ

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 1:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meneruskan misi mengukuhkan kedudukan dalam kelayakan Olimpik dengan mara ke suku akhir Grand Prix Emas Terbuka New Zealand di Auckland, Khamis.

Dalam perlawanan pusingan kedua, juara Kejohanan Asia 2010 itu mengetepikan cabaran Matthew Chau-Gronya Somerville dari Australia 21-16, 18-21, 21-16 dalam masa 45 minit.

Persembahan Peng Soon-Liu Ying pasti sesuatu yang melegakan dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik selepas kekalahan di pusingan pertama, masing-masing di Terbuka Jerman dan Seluruh England baru-baru ini.

Di suku akhir, Peng Soon-Liu Ying akan berdepan pemenang perlawanan antara pasangan Perancis, Ronan Labar-Emilie Lefel dan Hafiz Faisal-Shella Devi Aulia dari Indonesia.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan