Malaysia Berdepan Saingan Sukar Piala Thomas, Uber

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berdepan dengan saingan sukar dalam Piala Thomas  and  Uber yang dijadual pada 15-21 Mei di Kunshan, China, selepas undian meletakkan pasukan negara masing-masing dalam kumpulan Korea Selatan dan China.

Menurut kenyataan dalam laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) e www.bwfbadminton.org, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, , England dan Jerman untuk Piala Thomas.

Malaysia diletakkan pada kedudukan keenam ranking BWF dan perlu turut berwaspada dengan England, dalam ranking ke-12 dunia untuk mengesahkan tempat dalam pusingan peringkat kalah mati. Hanya dua pasukan dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

Malaysi telah menjuarai Piala Thomas dalam tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.

Juara bertahan Jepun dan pasukan pilihan China pula diundi dalam kumpulan sama dengan Perancis dan Mexico dalam Kumpulan A.Sementara itu untuk Piala Uber, Malaysia diundi dalam Kumpulan A dengan juara 13 kali China, Denmark dan Sepanyol.

China telah memenangi Piala Uber pada tahun 1984, 1986, 1988, 1990, 1992, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2012, 2014.

Malaysia tidak pernah memenangi Piala Uber.

Enam belas pasukan layak untuk bertanding Piala Thomas  and  Uber Cup berdasarkan pencapaian dalam kejohanan itu dan ranking pasukan.

Piala Thomas:

Kumpulan A: China, Jepun, Perancis, Mexico

Kumpulan B: Indonesia, India, Thailand, Hong Kong

Kumpulan c Korea Selatan, Malaysia, England, Jerman

Kumpulan D: Denmark, Taipei, New Zealand, Afrika Selatan


Undian Piala Uber:

Kumpulan A: China, Denmark, Sepanyol, Malaysia

Kumpulan B: Korea Selatan, Taipei, Mauritius, Amerika Syarikat

Kumpulan C: Thailand, Indonesia, Bulgaria, Hong Kong

Kumpulan D: Jepun, India, Australia, Jerman


-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Piala Thomas , Piala Uber , Kunshan , BWF

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan