Terbuka Britain: Nafiizwan Mara Ke Pusingan Undian Utama

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 11:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain utama skuasy negara, Mohd Nafiizwan Adnan melangkah ke pusingan undian utama Kejohanan Skuasy Terbuka Britain 2016 yang berlangsung di University of Hull Sports and Fitness Centre di Hull, England pada Ahad.

Pemain berusia 29 tahun itu selaku wakil tunggal Malaysia dalam bahagian lelaki mara ke pusingan undian utama selepas menundukkan pemain Perancis, Lucas Serme 16-14, 11-7 dan 12-10 pada perlawanan pusingan akhir yang berlarutan selama 61 minit, menurut laman sesawang kejohanan:www.allambritishopensquash2016.com.

Terdahulu, beliau menewaskan pemain Britain, Eddie Charlton 11-4, 11-7 dan11-7 dalam perlawanan kelayakan pertama pada Sabtu. Mohd Nafiizwan akan bertemu seorang lagi pemain Britain, Daryl Selby dalam perlawanan pembukaan undian utama pada Selasa di Airco Arena, Hull.

Dua pemain remaja Malaysia -- Vanessa Raj dan Teh Min Jie -- bagaimana terkandas selepas tumpas kepada lawan masing-masing pada Sabtu.

Raj mempamerkan aksi yang memberangsangkan dalam pertarungan selama 50 minitsebelum kecundang 9-11, 11-8, 11-9, 7-11 dan 6-11 kepada pilihan ke-16, Hollie Naughton dari Kanada sementara Teh tewas 1-11, 6-11 dan 8-11 kepada pilihan ke-14, Hania El Hammamy dari Mesir. 

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, yang mengintai gelaran Terbuka Britain bagi kali keenam, akan menentang pemain dari pusingan kelayakan pada Isnin sementara juara kebangsaan, Delia Arnold akan bertemu pemain Denmark, Line Hansen sehari kemudian. 

Untuk rekod, Nicol telah menjuarai kejohanan itu sebanyak lima kali -- 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014 walaupun muncul sebagai naib juara dalam edisi 2013.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Skuasy , Terbuka Britain , Nafiizwan Adnan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan