Chong Wei Tarik Diri Sertai Terbuka Switzerland

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 9:49 PM

Chong Wei sedang bercakap sesuatu dengan Hendrawan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain badminton No.2 dunia, Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Switzerland yang akan diadakan minggu depan.

Pemain berusia 33 tahun itu yang diletakkan sebagai pemain pilihan utama dan dijangka bertemu Rasmus Fladberg dari Denmark pada Selasa menyatakan masalah kecergasan sebagai punca beliau menarik diri.

Beliau memenangi kejohanan itu sebanyak dua kali masing-masing pada 2006 dan 2009.

"Selepas berbincang, kami memutuskan jalan terbaik bagi Chong Wei adalah tidak menyertai Terbuka Swiss.

"Chong Wei diserang demam beberapa hari sebelum beraksi dalam kejohanan All England dan kami menyedari bahawa beliau masih belum pulih 100 peratus.

"Kami tidak katakan bahawa Chong Wei pulang awal dari All England kerana sakit. Kalah tetap kalah... tiada alasan," kata jurulatih Hendrawan.

Chong Wei tewas kepada pemain No.37 dunia, B.Sai Praneeth dari India 22-24, 20-22 pada pusingan pertama All England, Rabu lalu.

Beliau dijangka kembali beraksi pada kejohanan Supersiri Terbuka India di New Delhi pada 29 Mac hingga 3 April ini.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Terbuka Switzerland

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan