Sharapova Dijangka Buat Kejutan Pada Isnin

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 10:06 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain wanita No.1 dunia, Maria Sharapova dijangkan akan mengadakan satu sidang media khas di Los Angeles pada Isnin.

Bagaimanapun maklumat mengenai sidang media itu tidak didedahkan, syarikat pengurusan Sharapova, IMG enggan memberitahu Reuters dan hanya berkata: "Ia bakal menjadi berita besar."

Pengumuman tersebut bakal diadakan selepas empat hari Sharapova menarik diri daripada kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells, California berikutan kecederaan berpanjangan di bahagian lengan.

Juara lima kali Grand Slam mengalami masalah di kecederaan di bawah lengan sejak awal tahun ini yang turut menyaksikan dia menarik diri daripada perlawanan pemanas badan Terbuka Australia di Brisbane.

Kali terakhir Sharapova bermain ketika aksi tewas kepada Serena Williams pada saingan suku akhir kejohanan Australia Januari lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu bergelut dengan kecederaan sejak sedekad lalu, malah turut menjalani pembedahan di bahagian bahu pada tahun 2008 yang memaksanya berehat selama sembilan bulan.

Bintang Rusia itu juga turut terlepas separuh daripada aksi musim 2013 kerana kecederaan di bahu.

Kali terakhir dia merangkul gelaran grand slam pada tahun 2014 dengan menjuarai Terbuka Perancis, selain merekodkan 35 gelaran sepanjang kariernya dalam Jelajah WTA dan kini menduduki  ranking ke-7 dunia.

Selain menjadi tumpuan di gelanggang, Sharapova juga turut menceburi bidang perniagaan melalui koleksi pakaian.

Tags / Kata Kunci: Maria Sharapova , Rusia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan