Mohd Nafiizwan Pamer Permulaan Meyakinkan - Raket | mStar

Mohd Nafiizwan Pamer Permulaan Meyakinkan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2016 4:04 PM

Mohd Nafiizwan Adnan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain pilihan pertama Malaysia, Mohd Nafiizwan Adnan, memulakan persaingannya pada Kejohanan Skausy Terbuka Montreal dengan pencapaian meyakinkan.

Menurut laman sesawang www.squashsite.co.uk, dalam perlawanan pertamanya pada lewat Jumaat (awal pagi Sabtu di Malaysia), juara kebangsaan berusia 29 tahun itu mengalahkan pemain Kanada Shawn Delierre 11-6, 11-6 dan 11-7.

Mohd Nafiizwan, bagaimanapun dijangka menghadapi cabaran sengit apabila berdepan pemain pilihan kedua, Ali Faraq, pada pusingan suku akhir lewat Sabtu.

Pada perlawanan pembukaan, pemain Mesir itu mengalahkan Laurens Jan Anjema dari Belanda dengan mata 8-11, 11-8, 11-4 dan 11-4.

Sementara itu, pemenang pingat emas berganda pada Sukan SEA Singapura 2015, Rachel Arnold, mengetuai cabaran Malaysia pada pusingan suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Seattle di Amerika Syarikat.

Pada perlawanan pembukaan kejohanan itu, Rachel, adik kepada pemain skuasy wanita nombor tiga negara, Delia, mengetepikan Sachika Ingale dari India dengan mata 11-3, 11-4 dan 11-5.

Turut melangkah ke suku akhir ialah pemain pilihan keenam, Teh Min Jie, yang mengalahkan pemain Itali, Manuela Manetta 11-7, 11-6, 9-11 dan 11-2.

Teh dijangka menghadapi laluan mencabar apabila bertemu pemain pilihan pertama, Line Hansen, lewat Sabtu setelah pemain Denmark itu mengalahkan Nicole Bunyan dari Kanada 11-7, 11-7 dan 11-4 pada perlawanan pembukaan.

Vanessa Raj juga layak ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 3-0 (11-8, 11-4, 11-2) terhadap Laila Sedky dari Amerika Syarikat. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: skuasy , Mohd Nafiizwan Adnan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan