Djokovic, Murray Cemerlang

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2016 9:00 AM

Novak Djokovic.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic dan Andy Murray dari Britain menyerlah pada aksi pembukaan Piala Davis, malam Jumaat.

Kemenangan tersebut menguatkan lagi jangkaan pertemuan suku akhir antara Serbia dengan juara bertahan, Great Britain hampir menjadi kenyataan.

Namun kedua-duanya masih ada perhitungan dengan lawan masing-masing ketika Kazakhstan dan Jepun bangkit menyamakan kedudukan dalam aksi berlangsung pada Jumaat.

Djokovic yang juga pemain nombor satu dunia sudah tidak menunjukkan sebarang jangkitan mata untuk menghadirkan 17 kemenangan berturut-turut ketika menewaskan pemain Kazakhstan, Aleksandr Nedovyesov 6-1, 6-2, 6-3.

"Tidak ada masalah mengenai bahu dan jangkitan pada mata. Saya tidak sabar untuk bermain dalam acara beregu nanti," kata Djokovic yang menerima rawatan pada bahu kirinya dan akan beraksi dalam acara beregu pada Sabtu.

Pemain nombor 79 dunia, Mikhail Kukushkin mengejutkan pemain ke 23, Viktor Troicki 7-5, 6-2, 6-4 untuk meraih mata penyamaan buat Kazakhstan dalam pemburuan untuk layak ke suku akhir buat kali keempat berturut-turut.

Murray meletakkan Great Britain di landasan betul selepas menewaskan Taro Daniel 6-1, 6-3, 6-1 namun pemain nombor enam dunia, Kei Nishikori kembali meletakkan kedudukan 1-1 selepas menewaskan Dan Evans 6-3, 7-5, 7-6 ( 7/3 ).

Tags / Kata Kunci: Piala Davis , Novak Djokovic , Andy Murray

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan