Svitolina Terima Tentangan Sengit Sebelum Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 12:01 AM

Elina Svitolina.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pilihan kedua, Elina Svitolina dari Ukraine mengesahkan tiket ke suku akhir selepas menerima tentangan sengit pemain Jepun, Risa Ozaki di Terbuka BMW Malaysia pada Khamis.

Svitolina yang juga pemain nombor 19 dunia, menewaskan Ozaki yang mara daripada pusingan kelayakan 6-1, 3-6, 6-0 dalam perlawanan yang berlarutan hampir dua jam di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur.

"Belakang badan saya masih sakit kerana cedera sewaktu Terbuka Australia lalu. Sebab itu saya masih berhati-hati tetapi selepas menerima rawatan sewaktu perlawanan tadi, saya bermain dengan lebih baik.

"Risa juga bermain dengan baik sehingga memaksa saya bertungkus lumus," kata Svitolina.

Di suku akhir pada Jumaat, Svitolina akan menentang pemain Slovakia, Kristina Kucova yang menyingkirkan bekas juara, Hsieh Su-Wei, Rabu.

Pemain Britain, Naomi Broady pula akan berdepan pemain nombor 31 dunia, Sabine Lisicki dari Jerman yang juga pilihan ketiga, selepas menang 6-4, 6-3 ke atas pemain dari pusingan kelayakan Yang Zhaoxuan dari China.

"Hari ini (Khamis) cuaca agak lembap dan saya cuba menyimpan tenaga. Ketika bercakap dengan jurulatih saya pada kedudukan 5-4 di set pertama, dia memberitahu saya Yang kelihatan letih akibat suhu panas dan saya mengambil kelebihan daripada situ.

"Pada set kedua, saya berjaya mendahului 3-0 dengan pantas tapi saya sedar dia akan bangkit melawan," kata Broadly yang juga pemain nombor 96 dunia.

Dalam satu lagi perlawanan, pemain daripada pusingan kelayakan, Zhu Lin dari China mara ke suku akhir pertamanya dalam siri Jelajah WTA selepas mengejutkan Zarina Diyas dari Kazakhstan 7-5, 6-2.

Zhu Lin, 22, yang kini menduduki ranking ke-190 dunia akan berdepan rakan senegara yang juga pemain nombor 99 dunia, Wang Qiang di suku akhir Jumaat.

"Ia adalah perlawanan yang sukar dan saya gembira memenanginya. Dia berada dalam kelompok 100 pemain terbaik dunia dan saya pernah tewas kepadanya. Saya tidak percaya mampu mara sejauh ini," katanya.

Berikut adalah keputusan perlawanan Terbuka BMW Malaysia 2016:

Perseorangan wanita pusingan kedua

Naomi Broady (GBR) mn Yang Zhaoxuan (CHN) 6-4 6-3

Zhu Lin (CHN) mn Zarina Diyas (KAZ) 7-5 6-2

Cagla Buyukakcay (TUR) mn Chang Kai-Chen (TPE) 7-5 6-3

Elina Svitolina (UKR) mn Risa Ozaki (JPN) 6-1 3-6 6-0

Beregu wanita suku akhir

Varatchaya Wongteanchai (THA)/Yang Zhaoxuan (CHN) mn Eri Hozumi (JPN)/Miyu Kato (JPN) 6-2 6-1 - BERNAMA










iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan