Malaysia Layak Ke Pusingan Akhir Piala Thomas, Uber - Raket | mStar

Malaysia Layak Ke Pusingan Akhir Piala Thomas, Uber

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 8:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber yang dijadual berlangsung serentak di Kunshan, China dari 15 hingga 22 Mei ini.

Walaupun kedua-dua skuad berkenaan gagal melakar keputusan positif pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di India, bulan lepas, mereka layak berdasarkan kedudukan ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Khamis.

BATC merupakan kejohanan kelayakan untuk pasukan bertanding merebut tempat ke pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber.

Berdasarkan format kelayakan, skuad Piala Thomas negara layak secara merit selepas menduduki tempat keenam di Kejohanan BATC kerana Jepun, selaku juara bertahan dan China, selaku tuan rumah, layak secara automatik.

Bagaimanapun, skuad wanita negara layak ke Piala Uber menerusi ranking bersama Taiwan, Hong Kong dan Indonesia.

Denmark, yang menjuarai kategori berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Badminton Berpasukan Eropah di Rusia, bulan lepas, turut mara ke pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber.

SENARAI PASUKAN:



Piala Thomas: Jepun (juara bertahan), China (tuan rumah), India, Indonesia, Korea Selatan, MALAYSIA, Denmark, Jerman, England, Perancis, Mexico,  New Zealand, Afrika Selatan, Taiwan, Hong Kong, Thailand.


Piala Uber: China (tuan rumah dan juara bertahan), India, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Denmark, Jerman, Sepanyol, Bulgaria, Amerika Syarikat, Australia, Mauritius, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, MALAYSIA.

Tags / Kata Kunci: Piala Thomas , Piala Uber
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan