Pilihan Utama Vinci Tersingkir Di Pusingan Pertama

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 11:02 PM

Aksi pemain tenis Itali, Vinci Roberta ketika menentang pemain Taiwan, Chang Kai-Chen dalam pusingan pertama Kejohanan Tenis BMW Terbuka Malaysia di Bukit Kiara pada Selasa malam. Vinci Roberta tewas 7-5, 2-6 dan 1-6. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pilihan utama, Roberta Vinci dari Itali tersingkir di pusingan pertama kejohanan tenis Terbuka Malaysia BMW 2016 apabila tumpas kepada juara beregu dua kali kejohanan berkenaan, Chang Kai-Chen, pada Selasa.

Vinci, pemain di ranking ke-10 dunia itu, tewas kepada Chang, yang menghuni kedudukan ke-153 dunia, 7-5, 2-6 dan 1-6 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam 32 minit di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC).

"Saya benar-benar berpuas hati dengan keseluruhan permainan. Bermula dari set pertama lagi, saya sentiasa berada di hadapan," kata pemain dari Taiwan, Chang kepada pemberita di sini.

Chang juga berharap beliau boleh berada dalam kelompok 50 teratas dalam ranking Persatuan Tenis Wanita (WTA) pada masa akan datang.

Pemain dari Taiwan itu akan berdepan pemain di ranking ke-128 dunia, Cagla Buyukakcay, selepas pemain dari Turki itu menewaskan pemain Jerman, Laura Siegemund 7-5, 6-1. 

Dalam pada itu, Vinci, 33, berkata tumpuannya kini adalah pada beberapa kejohanan akan datang.

"Ini kali pertama saya ke sini dan sedih tumpas di pusingan awal. Berada di kedudukan 10 terbaik dunia memberi banyak tekanan kerana ramai menjangka saya boleh menang dalam semua perlawanan," kata Vinci.

Berikut adalah keputusan Terbuka Malaysia BMW 2016: 

Pusingan pertama Perseorangan Wanita:

Yang Zhaoxuan (CHN) mn Zheng Saisai (CHN) 4-6, 6-3, 6-2

Zhu Lin (CHN) mn Alexandra Panova (RUS) 6-4, 6-4

Risa Ozaki (JPN) mn Elizaveta Kulichkova (RUS) 6-0, 6-2

Zarina Diyas (KAZ) mn Annika Beck (GER) 7-5, 6-3

Naomi Broady (GBR) mn Kalara Koukalova (CZE) 6-3, 3-6, 6-3

Elina Svitolina (UKR) mn Miyu Kato (JPN) 6-1, 6-1

Chang Kai-Chen (TPE) mn Roberta Vinci (ITA) 5-7, 6-2, 6-1

Cagla Buyukakcay (TUR) mn Laura Siegemund (GER) 7-5, 6-1

Pusingan pertama Beregu Wanita:

Liang Chen (CHN)/Wang Yafan (CHN) mn Magda Linette (POL)/Zhang Kai-Lin (CHN) 6-3, 2-6, 10-5

Varatchaya Wongteanchai (THA)/Yang Zhaoxuan (CHN) mn Lenka Kuncikova (CZE)/Karolina Stuchla (CZE) 6-4, 6-2

Eri Hozumi (JPN)/Miyu Kato (JPN) mn Chan Chin-Wei (TPE)/Barbora Krejcikova(CZE) 6-3, 7-6(2)

Nao Hibino (JPN)/Zhang Ling (HKG) mn Liu Fangzhou (CHN)/Jawairiah Noordin (MAS) 6-3, 6-4

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan