Nicol, Delia Lepasi Pusingan Pertama Terbuka Windy City

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 11:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Nicol David dan Delia Arnolds mara ke pusingan kedua Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat selepas kedua-dua pemain negara itu menumpaskan lawan masing-masing pada Khamis.

Pemain nombor dua dunia itu, yang membuat penampilan kedua pada kejohanan berkenaan, hanya mengambil masa 22 minit untuk menewaskan Fiona Moverly dari England 11-5, 11-1 dan 11-6.

"Saya gembira kembali ke Chicago menyertai kejohanan Siri Dunia. Saya betul-betul teruja kembali ke sini bersama anggota pasukan saya.

"Liz (Irving) dan Ronald (Fauvel) turut berada di sini, dan saya mendapat sokongan yang baik. Saya gembira mereka berada bersama saya minggu ini," kata Nicol seperti dipetik dalam laman web rasmi kejohanan windycityopen.ussquash.com.

Liz Irving merupakan jurulatih Nicol, manakala Ronald Fauvel bertindak sebagai pegawai fisioterapi beliau.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 32 tahun itu akan berdepan Sara-Jane Perry dari England pada pusingan kedua.

Sarah-Jane mengalahkan pemain Wales, Deon Saffery 11-6, 11-5, 13-11.

Sementara itu, Delia menewaskan seorang lagi pemain Wales, Tesni Evans 9-11, 11-7, 11-5, 11-7 pada perlawanan yang berlangsung selama 54 minit.

"Tesni beraksi dengan baik, jadi saya cuba kekalkan permainan saya bagi menghalang beliau mendapatkan mata. Saya gembira dengan prestasi saya," kata Delia.

Seorang lagi pemain wanita negara, Low Wee Wern akan turun beraksi lewat hari ini.

Wee Wern akan berdepan pemain Hong Kong, Joey Chan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan