Harapan Ke Rio Masih Ada - Iskandar Zainuddin

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 2:10 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin percaya beliau masih mempunyai peluang, walaupun tipis untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro.

Pemain berusia 24 tahun itu yang kini berada pada kedudukan ke-39 dunia berkata beliau mempunyai masa sehingga April ini untuk merebut peluang ke temasya berprestij yang dijadual berlangsung pada Ogos.

"Peluang untuk ke Sukan Olimpik memang susah sebab saya perlu menang antara dua hingga tiga kejohanan antarabangsa lagi. Buat masa sekarang, saya tidak meletakkan harapan tinggi, tapi saya akan buat yang terbaik.

"Saya percaya harapan masih ada tapi tipis sebab kekangan masa yang agak singkat dan saya sendiri tidak tahu kejohanan apa yang bakal disertai selepas ini," katanya kepada pemberita di Lapangan terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini pada Isnin.

Mengulas prestasinya di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Hyderabad, India yang berakhir pada Ahad, Iskandar Zulkarnain berkata beliau masih belum berpuas hati walaupun mendapat pujian daripada pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen

Beliau berharap prestasinya akan jadi lebih konsisten untuk perkembangan masa hadapan kariernya dalam sukan badminton.

"Memang semua nak tengok saya menang jadi saya agak tertekan juga masa di India. Syukur saya dapat lepasi tekanan dan saya harap akan terus tenang hadapi tekanan dan cabaran selepas ini.

"Harapan saya jika kita layak ke final Piala Thomas di China nanti, saya mahu berada dalam pasukan lagi. Daripada kejohanan BATC ini, dari segi pengalaman memang baik untuk pemain muda," kata Iskandar Zulkarnain.

Untuk rekod, ketika perlawanan di BATC, beliau menang 21-16,21-18 ke atas Sachin Dias dari Sri Lanka pada perlawanan pertama dan seterusnya menundukkan lawan dari Nepal, Bishnu Katwal 21-3, 21-4.

Pada saingan suku akhir, Iskandar Zulkarnain menewaskan Ajay Jayaram dariIndia 17-21, 21-12, 21-16, tetapi Malaysia berkesudahan tewas kepada pasukan tuan rumah 2-3.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan