BATC: Yin Fun Ganti Jing Yi Ke Hyderabad

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 2:11 PM

Lim Yin Fun

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lim Yin Fun telah dipilih menggantikan Tee Jing Yi bagi acara perseorang wanita Kejohanan Badminton Pasukan Asia (BATC) di Hyderabad, India mulai 15 hingga 21 Februari.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen berkata pemain perseorangan utama wanita negara Jing Yi telah menarik diri daripada bertanding akibat kecederaan paha.

"Sudah tentu jika kita kehilangan pemain terbaik, ia akan menjejaskan pasukan, tetapi saya sungguh yakin dengan potensi Yin Fun. Saya masih yakin pemain kita akan memberi persembahan baik di Hyderabad.

"Walaupun Yin Fun masih muda tetapi dia mempunyai banyak peluang untuk meningkat. Dalam tempoh dua tiga tahun, dia dapat bersaing pada peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita semasa latihan pusat pemain negara di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini Selasa.

Turut tersenarai bagi acara perseorangan wanita ialah Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying sementara bagi beregu Vivian Hoo/Woon Khe Wei, Amelia Alicia/Soong Fie Cho dan Lee Meng Yean/Low Juan Shen.

Kejohanan di Hyderabad menawarkan slot ke kejohanan akhir Piala Thomas dan Piala Uber yang bakal diadakan di Kunshan, China dari 15 hingga 22 Mei ini.

Juara Remaja Dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli akan mengetuai pemain perseorangan lelaki termasuk Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven dan Soo Teck Zhi.

Bagi acara beregu lelaki, BAM menyenarai Tan Kian Meng, Ong Yew Sin, Low Juan Shen, Teo Ee Yi, Tan Wee Gieen dan Tan Chee Tean.
Malaysia perlu berada dalam kelompok enam teratas pada BATC untuk layak ke  kejohanan Piala Thomas.

Sementara itu Frost berkata jurulatih baharu perseorangan lelaki Indra Wijaya akan tiba Selasa ini sebelum memulakan tugas pada Khamis.
Indra sebelum ini menjadi jurulatih pemain perseorangan Korea.

Tags / Kata Kunci: BATC , Lim Yin Fun , Tee Jing Yi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan