GP Emas Thailand Pemanas Badan Buat Zulfadli

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain profesional negara, Zulfadli Zulkiffli menyifatkan penyertaannya dalam kejohanan Grand Prix (GP) Emas Thailand minggu depan sebagai 'pemanas badan' sebelum mengetuai cabaran negara ke Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) di India.

Zulfadli akan menyertai kejohanan di Bangkok dari 8 hingga 13 Feb ini, sekali gus memaksanya meninggalkan latihan pusat skuad negara.

"Saya akan buat yang terbaik untuk memastikan pengalaman di Bangkok berbaloi dan boleh digunakan sewaktu BATC nanti.

"Sebaik sahaja cabaran saya di Thailand berakhir, saya akan terus ke India untuk menyertai skuad negara. Di Bangkok, saya sasarkan untuk sekurang-kurangnya ke separuh akhir," katanya kepada pemberita selepas tamat sesi latihan pusat di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini, Khamis.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar skuad muda ke BATC, dengan Zulfadli, juara remaja dunia 2011, mengetuai barisan perseorangan lelaki bersama juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven dan Soo Teck Zhi.

Pada kejohanan BATC di Hyderabad, India dari 15 hingga 21 Feb ini, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Jepun bersama Sri Lanka dan Nepal.

Zulfadli berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk negara dan tidak mahu meletakkan sebarang tekanan ke atas dirinya selaku pemain yang akan memberikan mata pertama kepada Malaysia.

"Pasukan lain turut mempunyai pemain berpengalaman mereka sendiri.

Perseorangan utama mereka sekurang-kurangnya berada dalam kelompok 10 terbaik dunia. Jadi saya pesan kepada diri sendiri, jangan fikirkan tentang ranking pemain lain, hanya buat yang terbaik untuk diri sendiri," katanya.

Kejohanan di India itu turut menjadi pusingan kelayakan untuk menempah slot ke pusingan akhir Piala Thomas, yang akan berlangsung serentak dengan pusingan akhir Piala Uber di Kunshan, China dari 15 hingga 22 Mei.

Tags / Kata Kunci: Thailand

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan