V Shem-Wee Kiong Rangkul Juara Di Lucknow

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2016 10:27 PM

Tan Wee Kiong (kanan) dan Goh V Shem menjuarai Kejohanan Antarabangsa Syed Modi pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong menamatkan kemarau gelaran antarabangsa selama tujuh bulan apabila meraih gelaran pertama mereka musim ini di Kejohanan Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India.

V Shem/Wee Kiong menerima tentangan sengit daripada beregu tuan rumah, Jerry Pranaav Chopra/Akshay Dewalkar sebelum menang 14-21, 24-22, 21-8 dalam masa 61minit.

Ini adalah gelaran antarabangsa kedua mereka di kejohanan naungan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak digandingkan pada 2014, selepas menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat pada Jun tahun lepas. 

Mereka turut memenangi pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 ketika baru digandingkan beberapa bulan dan tidak diletakkan sebagai pilihan ketika itu.

Kejayaan di Lucknow membolehkan V Shem/Wee Kiong mendapat hadiah wang tunai US$9,400 (RM40,420) manakala gandingan India yang dibimbing bekas jurulatih negara, Tan Kim Her memperoleh US$4560 (19,608).-Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan