Murray Benam Ferrer, Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 9:29 AM

Andy Murray.

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray melangkah ke pusingan separuh akhir Terbuka Australia buat kali keenam selepas menundukkan pemain pilihan kelapan, David Ferrer dalam aksi suku akhir, petang Rabu.

Murray menang 6-3 6-7(7) 6-2 6-2.

Pemain dari Britain itu menang mudah pada set ketiga dan terus mengekalkan rentak konsisten pada set terakhir.

"Keadaan agak berangin pada permulaan permainan. Saya lebih sukar beraksi di tempat tertutup. Saya membesar di Scotland, cuaca agak berbeza di sini," katanya.

Murray akan bertemu dengan Milos Raonic di separuh akhir.

Raonic berjaya mengatasi Gael Monfils 6-3 3-6 6-3 6-4 pada aksi suku akhir berasingan.

Sementara itu, adiknya, Jamie Murray turut melangkah ke separuh akhir bagi kategori beregu lelaki selepas dia dan pasangannya, Bruno Soares menewaskan Raven Klaasen dan Rajeev Ram pada aksi suku akhir.

Ia adalah kali pertama kedua-dua beradik itu berentap bersama-sama pada aksi separuh akhir dalam kejohanan grand slam.

Tags / Kata Kunci: Andy Murray , Terbuka Australia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan