Kyrgios-Tomljanovic Mengaku Sedang Bercinta

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 10:41 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG muda tenis Australia, Nick Kyrgios dan Alja Tomljanovic mengakui mereka sedang dilamun cinta selepas beberapa bulan menyembunyikan hubungan tersebut.

Bagaimanapun selepas tewas dalam aksi acara beregu Terbuka Australia minggu ini, mereka akhirnya mengakui sedang melalui fasa percintaan.

Sebelum ini mereka hangat diperkatakan apabila rancak memuat naik status atau gambar di laman ssosial malah hanya mengakui 'hanya kawan'.

"Hanya bersama dia di gelanggang, dan saya berada di tempat yang selesa. Kami banyak berlatih bersama  - saya tahu kecenderungan dia di gelanggang, saya tahu apa kekuatan dia, malah tahu apa yang dia suka di luar sana. Ia mudah sahaja," ujar Kyrgios,20, ketika sidang media sebelum perlawanan Ahad lalu.

Sementara itu, Tomljanovic mengakui ia pertama kali berlaku (beregu bersama teman lelaki).

"Ia menyeronokkan tetapi saya tidak suka kalah. Jadi selepas ini kami harap dapat melakukan yang lebih baik," jelasnya.

Tomljanovic dilahirkan di Croatia dan berpindah ke Brisbane pada tahun 2014. 

Pemain berusia 22 tahun itu memohon kerakyatan Australia tahun lalu dan dijangka bakal menerima status itu pada Mei ini yang menyaksikan dia bakal mewakili Australia dalam aksi Piala Fed.

Tags / Kata Kunci: Nick Kyrgios , Alja Tomljanovic

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan