Terbuka Australia: Singkir Nishikori, Djokovic Bertemu Federer Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 8:12 AM

Novak Djokovic

(Ubah saiz teks)

NOVAK Djokovic berjaya menghalang pemain tenis handalan Asia, Kei Nishikoridi untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia 2016.

Pemain nombor satu dunia itu menang 6-3, 6-2, 6-4 pada saingan suku akhir yang berlangsung di Rod Laver Arena, Melbourne, Selasa.

Djokovic berdepan dengan Nishikori untuk kali kesembilan sejak 2010 lalu. Dari segi rekod pertemuan, Djokovic terus unggul apabila menang dalam enam pertandingan dan hanya kalah dua kali kepada pemain dari Jepun itu.

Dalam perlawanan ini, Djokovic memastikan merebut kemenangan kelimanya berturut-turut ke atas Nishikori.

Kemenangan itu sekali gus menghantar pemain dengan gelaran Djoker itu ke separuh akhir dan menentang musuh utamanya Roger Federer.

Setelah pertandingan selesai, Djokovic mengaku gembira menang ke atas Nishikori. Menurutnya, dia berjaya mengatasi permainan agresif lawan yang pernah mengalahkannya di Terbuka Amerika 2014.

"Yang pertama, selamat Hari Australia kepada semua. Terima kasih kerana memilih tenis di hari yang penting ini. Saya tahu Kei bermain sangat baik dan saya pernah kalah di Terbuka Amerika. Dia bermain agresif dan saya hanya perlu mengatasinya," kata Djokovic memetik laporan The Guardian.


Djokovic berkata sejujurnya dia tidak banyak berlatih untuk berdepan Nishikori. Ini disebabkan pertarungan sengitnya melawan pemain Perancis, Gilles Simon yang memakan masa selama empat jam di pusingan keempat pada Ahad.


Seterusnya Djokovic bakal berdepan Federer dalam pertemuan kali ke-44. Lawan dari Swiss itu sudah dianggap sebagai lawan abadi di sepanjang kariernya dan berjanji akan tetap memberikan pertarungan menarik.

"Saya sudah berdepan Roger sebanyak 44 kali dan Rafa (Nadal) 45 kali, seperti separuh karier saya hampir digunakan untuk bersaing dengan dua orang itu, ini akan selalu menjadi saingan. Tak perlu ditanya lagi apa yang sudah diraih oleh Roger. Ini akan jadi perlawanan yang sangat menarik," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan