Serena Williams Tempah Tiket Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 1:03 PM

Serena Williams. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PEMAIN nombor satu wanita dunia, Serena Williams mara ke separuh akhir Terbuka Australia selepas menewaskan Maria Sharapova pada Selasa.

Williams berjaya menundukkan pemain dari Rusia itu dalam masa sejam dan 32 minit dengan 6-4 6-1.

Beliau akan bertemu dengan pemain nombor empat wanita dunia, Agnieszka Radwanska dalam saingan separuh akhir pada kejohanan di Melbourne Park, Australia.

Radwanska menewaskan Carla Suarez Navarro dengan 6-1 6-3. 

Williams berkata: "Ia merupakan saingan yang sengit. Dia (Sharapova) merupakan pencabar yang fokus, malah dia pernah menjadi pemain nombor satu dunia dan memperoleh banyak gelaran Grand Slam.

"Bila anda bermain dengan seseorang seperti dia yang begitu hebat, anda perlu kuat dan mempunyai semangat yang membara."

Mengenai pencabarnya Radwanska dalam saingan separuh akhir nanti, Williams berkata: "Dia adalah gadis yang hebat dan bagus dari segi pertahanan, jadi tidak kira siapa yang memasuki pusingan akhir ia merupakan sesuatu yang hebat. Saya akan melakukan yang terbaik." 





Tags / Kata Kunci: Serena Williams

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan