Wawrinka Tewas Mengejut Kepada Raonic - Raket | mStar

Wawrinka Tewas Mengejut Kepada Raonic

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 5:36 PM

Wawrinka (kiri) mengucapkan tahniah kepada Raonic.

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Pemain tenis dari Kanada, Milos Raonic bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi bekas juara Terbuka Australia, Stan Wawrinka dalam permainan lima set untuk mara ke suku akhir, petang Isnin.

Turun sebagai pemain pilihan ke-13, Roanic menggunakan kelebihan pukulan servis kencangnya untuk mengetepikan Wawrinka yang juga pemain ranking keempat dunia itu dengan 6-4, 6-3, 5-7, 4-6, 6-3.

Roanic kalah pada set ketiga dan keempat namun bangkit pada set terakhir sebelum menamatkan saingan pemain dari Switzerland itu.

Permainan lima set itu berlangsung selama tiga jam 44 minit di gelanggang Rod Laver Arena.

Roanic akan bertemu pemain Perancis, Gael Monfils pada pusingan suku akhir nanti.

Monfils turut menewaskan Andrey Kuznetsov 7-5, 3-6, 6-3, 7-6 (4) pada aksi lebih awal.

Roanic merupakan pemain pertama dari Kanada yang mara ke pusingan suku akhir Grand Slam buat kali keempat.


Tags / Kata Kunci: Stan Wawrinka , Terbuka Australia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan