Chong Wei Rangkul Juara Masters Malaysia Tewaskan Iskandar

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 7:27 PM

Chong Wei (kanan) muncul juara Kejohanan Badminton GP Emas Masters Malaysia untuk kategori perseorangan lelaki selepas menewaskan rakan senegara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin (kiri). Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei jelas berada di kelas tersendiri apabila mudah merangkul gelaran kelimanya di kejohanan Masters Malaysia serta yang pertama musim ini di Arena SPICE pada Ahad.

Iskandar Zulkarnain Zainuddin jelas bukan lawan Chong Wei apabila meleburkan cabaran juara kebangsaan itu 21-18, 21-11 dalam masa 42 minit untuk gelaran kelimanya di kejohanan ini selepas menjuarainya empat kali berturut-turut dari 2009-2012.

Perlawanan akhir ibarat pertembungan 'abang-adik' itu membuktikan pengalaman yang dimiliki pemain nombor lima dunia berkenaan yang berasal dari Pulau Pinang masih sukar digugat pemain tempatan.

"Hari ini boleh tengok Iskandar memberikan tentangan yang baik. Di set pertama, saya tidak memberi tumpuan untuk mengasak dan dia bijak mengambil peluang itu.
Pada set kedua, saya sudah tahu cara Iskandar, dan pengalaman membolehkan saya mengawal permainan.

"Saya tidak pernah main di tempat sendiri. Walaupun ini hanya Masters Malaysia, saya puas hati dengan kemenangan pertama untuk tahun ini. Saya akan teruskan semangat ini untuk kejohanan akan datang terutama menjelang All England dan Terbuka Switzerland," katanya yang membawa pulang US$9,000 (RM37,800).

Iskandar yang kali pertama beraksi di final kejohanan berstatus Grand PrixEmas berkata kemampuan membaca pukulan dan kepantasan adalah kelebihan yang dimiliki Chong Wei.

"Chong Wei bergerak pantas dan ia membuatkan saya susah mendapatkan mata. Saya harap selepas ini dapat meningkatkan fizikal dan stamina," kata pemain berusia 24 tahun itu.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Koo Kien Keat/Tan BoonHeong tewas di final selepas tunduk kepada pasangan Indonesia, Gideon Markus Fernaldi/Kevin Sanjaya Sukamuljo 18-21, 21-13, 21-18.

Dalam pertarungan hampir sejam itu, gandingan Indonesia tersebut bangkit diset kedua selepas tewas 18-21 pada set pertama, sekali gus mengheret ke set penentuan.

Selepas terikat 10-10 di set penentuan, pasangan negara seakan hilangrentak, sehingga jauh ditinggalkan pemenang pingat perak Sukan SEA 2015 itu.

"Kami memberikan banyak mata mudah kepada lawan. Di set ketiga, kami sukarmengejar selepas lawan berada jauh di depan. Secara keseluruhan kami sudah bermain dengan baik walaupun kalah," kata Boon Heong.

Nasib sama turut dialami beregu campuran, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing apabila tewas kepada pasangan muda dari China, Zheng Siwei/Li Yinhui 21-14, 21-19.

"Permainan kami agak perlahan di set pertama...mungkin kami terlalu mahukankemenangan sehingga menjejaskan permainan sendiri.

"Lawan pula memiliki kelajuan dan kekuatan yang digunakan untuk menekan kami. Ia sukar bagi kami kerana belum menentang lawan seperti itu sebelum ini,"kata Pei Jing yang kecewa kemaraan mereka ke final daripada pusingan kelayakan berakhir dengan kekalahan.

Bagi acara perseorangan wanita, P.V. Sindhu dari India muncul juara selepas menundukkan lawannya dari Scotland, Kirsty Gilmour 21-15, 21-9.

Pilihan utama acara beregu wanita, Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi dari Jepun pula membuktikan keunggulan apabila muncul juara selepas menundukkan pasangan dari China, Tang Yuanting/Yu Yang 21-18, 22-20.

Juara dan naib juara kategori perseorangan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai US$9,000 (RM37,800) dan US$4,560 (RM19,152) manakala untuk kategori beregu pula hadiah US$9,480 (RM39,816) untuk juara dan US$4,560(RM19,152) bagi naib juara.  -Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan