Chong Wei Jumpa Iskandar Di Pentas Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 9:37 PM

Lee Chong Wei. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Selepas menumbangkan tiga pemain pilihan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin akhirnya akan diuji oleh jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei di pentas final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia Masters di sini, Ahad.

Dalam aksi separuh akhir di SPICE Arena di sini pada Sabtu, Iskandar meneruskan rentak cemerlangnya apabila mengejut pilihan kedua dari India, K. Srikanth, dengan straight set 27-25, 21-19.

Pencapaian di luar jangkaan itu akan menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu berdepan dengan Chong Wei yang turut melangkah ke final selepas menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-19, 21-15 dalam masa 58 minit.

Selepas hampir menamatkan karier badmintonnya tahun lepas, harapan Iskandar kembali bersinar pada kejohanan ini apabila mengejutkan pemain ke-12 dunia, Son Wan Ho dari Korea Selatan pada pusingan pertama.

Juara kebangsaan itu kemudian menyingkirkan pemain Indonesia, Anthony Ginting pada puingan kedua disusuli pemain China, Xue Song di pusingan ketiga.

Pemain negara itu mengekalkan momentum kejayaan apabila menyingkirkan pemain ke-18 dunia, Ng Ka Long dari Hong Kong pada perlawanan suku akhir pada Jumaat.

Mendapat sokongan padu ribuan penonton tempatan, Iskandar turun ke gelanggang dengan lebih tenang biarpun terpaksa mengheret set pertama hingga ke mata dius ketika terikat 20-20.

"Pada ketika itu, ia bergantung kepada kekuatan mental. Dia (Srikanth) pun banyak menekan saya dan saya pun ada buat kesilapan.

"Saya cuma beranikan diri pada situasi macam ini. Sebab selalu kalau mata dius, saya kalah, tapi kali ini saya berjaya," katanya kepada pemberita selepas pertarungan selama 48 minit itu.

Mengenai perlawanan final dengan Chong Wei, Iskandar menginginkan satu keajaiban berlaku untuk menundukkan bekas pemain nombor satu dunia itu. 

Katanya, beliau memang berharap dapat bermain dengan Chong Wei yang dianggap sebagai 'abang' yang banyak memberi dorongan kepada kebangkitan beliau.

Malah, Iskandar berkata, banyak perkara yang dapat dipelajari daripada pertemuan itu bagi membantu mematangkan permainannya.

Walaupun sering berlatih bersama dengan Chong Wei, katanya, pemain ranking kelima dunia itu tidak pernah mengambil mudah dan tidak memberi peluang kepada
lawannya untuk menang.

Dalam pada itu, Chong Wei menyifatkan aksi final dengan rakan sepelatih itu tidak mudah memandangkan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh Iskandar sejak pusingan pertama.

"Dia (Iskandar) menampilkan persembahan terbaik sejak pusingan pertama sehingga dapat mengecewakan beberapa pemain pilihan. Saya harap dia boleh mengekalkan semangat kental serta aksi terbaiknya," katanya.

Sementara itu, beregu profesional negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berada di landasan yang betul untuk merebut gelaran pertama tahun ini apabila mara ke final.

Walaupun kurang gemar beraksi dengan pasangan Korea Selatan, namun beregu bekas nombor satu dunia itu berjaya mengejutkan pilihan utama kejohanan yang juga ranking ketujuh dunia, Kim Gi Jung/Kim Sa Rang 15-21, 21-18, 21-16.

"Kami terlalu berhati-hati pada set pertama dan apabila kalah set pertama, saya kata pada Kien Keat, kita main cara kita sajalah," kata Boon Heong.

Beregu negara itu akan melakukan perhitungan akhir dengan beregu Indonesia, Gideon Markus Fernaldi/Kevin Sanjaya Sukamuljo yang sebelum itu mengalahkan beregu Jepun, Takeshi Kamura/Keigo Sonoda dengan 21-7, 21-17 di peringkat separuh akhir. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan