Chong Wei Harap Zulfadli Belajar Daripada Kesilapan

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2016 8:18 AM

Zulfadli Zulkiffli kecewa setelah tewas kepada pemain dari India Ajay Jayaram pada pusingan ketiga perseorangan lelaki dalam Kejohanan Badminton GP Emas Masters Malaysia, Khamis.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: "Saya harap Zulfadli (Zulkiffli) dapat belajar sesuatu daripada kekalahannya hari ini."

Itu nasihat ringkas diberikan bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang mahu Zulfadli segera bangkit daripada kekecewaan tewas selepas mendahului selesa di set penentuan di pusingan ketiga Grand Prix Emas Masters Malaysia di Arena SPICE, di sini.

Chong Wei mengakui terkilan tidak dapat melihat juara remaja dunia 2011 ituterus beraksi kerana ia adalah pentas terbaik untuknya membuktikan sesuatu.

"Tapi sekurang-kurangnya saya harap dia dapat belajar sesuatu. Apa lagi dia sudah mendahului begitu selesa tetapi kemudiannya kalah," katanya kepada pemberita.

Pada perlawanan itu, Zulfadli, 22, yang sudah hampir memenangi perlawanan itu terpaksa tunduk 21-11, 8-21, 20-22 kepada pemain India, Ajay Jayaram walaupun mendahului 18-10 pada set penentuan dalam pertarungan yang dramatik.

Sementara itu, Chong Wei yang masih kekal di tangga kelima mengikut ranking terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Khamis, mengambil masa 28 minit untuk menyingkirkan Derek Wong Zi Liang dari Singapura, 21-10, 21-10.

Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan dijadual berdepan Ajay di suku akhir pada Jumaat.

Beregu lelaki utama negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong turut mengikut rentakcemerlang Chong Wei apabila layak ke suku akhir selepas mengalahkan pasangan Taiwan, Liao Min Chun/Tseng Min Hao 21-11, 21-16.

Pasangan yang berada di ranking ke-15 itu menempah pertemuan dengan pasangan Jepun, Takeshi Kamura/Keigo Sonoda yang sebelum itu menundukkan beregu Indonesia Hendra Aprida Gunawan/Markis Kido 27-29, 21-16, 21-14.

Gandingan beregu profesional lelaki negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong juga mengesahkan tempat ke suku akhir selepas meraih kemenangan ke atas beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei/Lee Yang 21-12, 21-18.

Di suku akhir, Kien Keat/Boon Heong akan berdepan gandingan Jepun, HiroyukiSaeki/Ryota Taohata yang sebelum itu terpaksa bergelut menundukkan lawan dari Thailand, Bodin Issara/Nipithon Puangpuapech 23-25, 21-19, 21-19.

Satu lagi pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying turut mengiringi Tan Kian Meng/Lai Pei Jing ke suku akhir selepas mengharungi perlawanan sengit dengan pasangan Indonesia, Irfan Fadhilah/Weni Anggraini.

Peng Soon/Liu Ying yang juga pilihan kelapan menang set pertama 21-12 sebelum tumpas 17-21 di set kedua untuk perlawanan dilanjutkan ke set penentuan

Pasangan negara bangkit untuk memastikan slot ke suku akhir selepas meraihkemenangan 21-12 untuk berdepan satu lagi pasangan Indonesia dari pusinga nkelayakan, Hafiz Faisal/Shella Devi Aulia, Jumaat.

Episod berbeza pula menimpa beregu wanita Vivian Hoo/Woon Khe Wei apabila satu-satunya wakil wanita negara di acara itu terpaksa 'gulung tikar' selepas dikejutkan pasangan dari China, Du Yue/Li Yinhui 21-10, 21-19.

"Pada set pertama tadi, corak permainan pasangan China itu begitu laju dan kami tidak dapat ikut rentak permainan mereka.

"Pada set kedua, secara taktikalnya kami sudah main dengan betul tapi sangat kecewa sebab tidak dapat menang set kedua," kata Vivian.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Zulfadli

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan