Terbuka Australia: Penampilan Terakhir Hewitt Tewas Kepada Ferrer

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2016 7:46 AM

Hewitt bersama anak-anaknya pada penampilan terakhir kariernya sebagai pemain.

(Ubah saiz teks)

KARIER terakhir Lleyton Hewitt sebagai pemain disambut penuh emosi selepas bekas pemain Wimbledon itu tewas kepada bintang Sepanyol, David Ferrer.

Pemain tuan rumah itu cuba bangkit pada set terakhir, namun ternyata Ferrer lebih berkuasa di gelanggang dengan mencatat keputusan 6-2 6-4 6-4.

Sebaik sahaja tamat perlawanan, Hewitt tersenyum sambil melambai-lambai ke arah penonton-penonton yang berdiri setia memberi sokongan kepadanya.

Suasana di Melbourne Park penuh emosi apabila Hewitt memberi ucapan akhir kariernya pada penampilan kali ke-20 kejohanan ini.

“Saya telah memberi seratus peratus sepanjang karier ini. Saya tidak merasai apa-apa sehinggalah beberapa hari terakhir ini,” jelas Hewitt.

Hewitt juga menyatakan rasa sayang kepada negaranya, malah akan meneruskan peranan baharu sebagai kapten Piala Davis.

“Saya menghargai sokongan yang diberikan ini. Ia amat bermakna buat saya.

“Bermain untuk Australia merupakan satu penghomatan terbaik buat saya.”

Sementara itu, Ferrer menggelarkan Hewitt sebagai ‘pemain luar biasa’  ketika memberi ucapan penghormatan kepada pemain itu.

“Dia layak mendapat segalanya. Dia adalah salah seorang pemain terbaik dalam sejarah tenis...Lleyton merupakan idola kepada saya,” jelas bekas pemain nombor satu dunia itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan