GP Emas Malaysia: Kian Meng-Pei Jing, Iskandar Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 4:35 PM

Kian Meng dan Pei Jing mara ke pusingan suku akhir yang akan berlangsung pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan beregu campuran Tan Kian Meng/Lai Pei Jing mengesahkan tiket kesuku akhir Grand Prix Emas Masters Malaysia di Arena SPICE, Khamis.

Iskandar mara selepas menjinakkan Xue Song dari China 21-17, 18-21, 21-12 pada aksi pusingan ketiga yang berlarutan selama 66 minit.

Pada aksi suku akhir Jumaat, Iskandar akan menentang pilihan kelapan, Angus Ng KaLong dari Hong Kong yang sebelum ini menamatkan cabaran seorang lagi pemain negara, Goh Soon Huat 21-17, 21-13.

Tan/Lai yang mara menerusi pusingan kelayakan menampilkan persembahan cemerlang ketika menundukkan pasangan Perancis, Ronan Labar/Emilie Lefel 21-10,21-17 dalam masa 38 minit.

"Kami belum pasti siapa lawan yang menanti esok (Jumaat). Apapun, saya mahu teruskanpersembahan terbaik saya," kata Lai, 23.

Mereka bakal menentang Keigo Sonoda/Naoko Fukuman dari Jepun yang mengejutkan pasangan Korea Selatan, Solgyu Choi/Eom Hye Won.

Ditanya bagaimana beliau mengekalkan kecergasan sepanjang kejohanan itu, Kian Meng, 21, berkata: "Saya teruja beraksi di gelanggang sehingga membuatkan saya lupa tentang kepenatan."

Kian Meng terpaksa bermain dalam empat perlawanan pada pusingan kelayakan dua hari lepas - dua dalam acara beregu campuran dan dua lagi dalam beregu lelaki berganding bersama Low Juan Shen. 

Sementara itu, nasib berbeza dialami satu lagi beregu campuran negara, Wong Fai Yin/Shevon Lai apabila tunduk 21-23, 10-21 kepada Shin Baek Cheol/Chae Yoo Jung dari Korea Selatan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: GP Emas MAsters Malaysia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan