Chong Wei Intai Peluang Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 8:23 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengambil masa 28 minit untuk menundukkan lawannya dari Thailand, Kantawat Leelavechabutr pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Malaysia Grand Prix Emas (GP Emas) yang berlangsung di SPICE Arena, di sini, Rabu.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menang mudah ke atas pemain Thailand itu dengan 21-6, 21-15 untuk mara ke pusingan ketiga berdepan Derek Wong Zi Liang dari Singapura, sekali gus mengintai peluang ke suku akhir.

"Walaupun perlawanan pertama dan kedua saya hari ini tidak terlalu mencabar, saya tetap mahu berikan yang terbaik apatah lagi, ini kali pertama saya bermain di tempat kelahiran sendiri," katanya kepada pemberita.

Chong Wei yang berada di ranking kelima dunia, dijangka berdepan dua rakan sepasukan, Zulfadli Zulkiffli pada suku akhir dan Soo Teck Zhi pada separuh akhir.

Ditanya mengenai dua pertemuan jangkaan itu, Chong Wei berkata ia merupakan satu perkembangan baik untuk melihat pemain muda bersinar pada kejohanan peringkat GP Emas.

"Ini satu rekod yang baik, cuma kita jangan bagi tekanan kepada mereka. Ini tahun baharu, dan saya rasa pemain muda khususnya mempunyai semangat baharu," katanya.

Namun, nasib berbeza menimpa kem wanita negara apabila hanya pasangan beregu wanita, Vivian Hoo/Woon Khe Wei mara ke pusingan kedua, selepas menyingkirkan pasangan Jepun, Mayu Matsumoto/Wakana Nagahara 21-13, 21-18.

Pasangan utama wanita negara itu akan berdepan cabaran sengit gandingan dari  China, Du Yue/Li Yinhui untuk ke suku akhir.

Sementara itu, tiga pasangan beregu lelaki negara mara ke pusingan kedua selepas menundukkan lawan masing-masing.

Beregu utama negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong mengejutkan pilihan keenam dari China, Liu Xiaolong/Qiu Zihan 22-20, 21-16 untuk berdepan lawan dari Taiwan Liao Min Chun/Tseng Min Hao pada pusingan kedua.

Gandingan Low Juan Shen/Tan Kian Meng pula memperoleh kemenangan mudah ke atas Philip Joper Escueta/Ronel Estanislao dari Filipina 21-14, 21-11 dalam tempoh 26 minit perlawanan.

Mereka akan berdepan pilihan kelapan kejohanan, Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin dari Taiwan untuk menempah tempat ke suku akhir.

Turut mara ke pusingan kedua ialah bekas beregu nombor satu dunia dan juara All-England, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong untuk berdepan pasangan Taiwan, Lee Hhe-Huei/Lee Yang, yang sebelum itu mengejutkan pilihan ketujuh Li Junhui/Liu Yuchen dari China 21-17, 21-14.

Kien Keat/Boon Heong sebelum itu, terpaksa berhempas pulas sebelum mengesahkan kemenangan ke atas pasangan Jepun, Takuro Hoki/Yugo Kobayashi 19-21, 21-8, 21-19.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan