Cabaran Zulfadli Berkahir Di Pusingan Ketiga Masters Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 11:47 PM

KECEWA...Pemain perseorangan lelaki profesional negara Zulfadli Zulkiffli ditenangkan oleh ibunya Hanny Pranatyo setelah tewas kepada pemain dari India Ajay Jayaram 11-21, 21-8, 22-20 pada pusingan ketiga perseorangan lelaki dalam Kejohanan Badminton GP Emas Masters Malaysia, Khamis. Kejohanan tersebut berlangsung di Spices Arena dari 19 hingga 24 Jan.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Hanya air mata menggambarkan kekecewaan pemain profesional negara, Zulfadli Zulkiffli yang hilang fokus pada detik penting, sekali gus gagal ke suku akhir Grand Prix Emas Masters Malaysia di Arena SPICE, di sini Khamis.

Zulfadli yang sudah hampir memenangi perlawanan pusingan ketiga perseorangan lelaki itu, terpaksa tunduk 21-11, 8-21, 20-22 kepada pemain India, Ajay Jayaram dalam pertarungan yang dramatik.

Pada pertarungan selama 56 minit itu, Zulfadli yang mendahului set penentuan dengan 18-10, tidak mampu bertahan dengan asakan lawannya yang juga pilihan ke-10 kejohanan.

Juara remaja dunia 2011 itu bermula dengan baik dengan memenangi set pertama 21-11, sebelum goyah di set seterusnya sehingga memberi laluan mudah kepada Ajay untuk menang 21-8.

Pemain berusia 22 itu yang selesa dengan kedudukan 18-10 di set penentuan bagaimanapun kelihatan mula terjejas selepas keputusan penjaga garisan yang tidak memihak kepadanya.

Ajay yang menyedari fokus Zulfadli sudah terjejas, mula mengambil kesempatan  untuk mencuri mata demi mata sebelum mengikat kedudukan 20-20, dan seterusnya mengutip dua mata terakhir bagi memastikan kemenangan kepadanya.

Selain Zulfadli, seorang lagi pemain negara Soo Teck Zhi turut terkandas pada perlawanan pusingan ketiga perseorangan lelaki, selepas tunduk kepada pemain China, Qiao Bin 13-21, 10-21.

Turut gagal meneruskan cabaran ke suku akhir adalah beregu lelaki negara, Low Juan Shen/Tan Kian Meng yang tunduk kepada pasangan Taiwan yang juga pilihan kelapan, Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin 16-21, 19-21.

Tags / Kata Kunci: Zulfadli Zulkiffli , Masters Malaysia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan