Cabaran Juara-Juara: Muar BC Kian Hampiri Gelaran Berganda

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 5:57 PM

Aksi Lee Hyun Il ketiga menentang Giap Chin pada saingan separuha akhir Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting pada Sabtu. Foto: M. Azhar Arif/The Star

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Kelab Badminton Muar (Muar BC) semakin menghampiri kejayaan berganda musim ini selepas membelasah Ampang Jaya BC 9-0 di separuh akhir Cabaran Juara-juara Resorts World Genting, Sabtu.

Kelab dari Johor itu yang mempertahankan kejuaraan Purple League musim ini, mengutip tiga mata selepas pemain veteran Korea Selatan, Lee Hyun Il menundukkan Soh Giap Chin 3-0 (11-9, 11-10, 11-8).

Pemain perseorangan remaja wanita Indonesa, Rusydina Antardaya melebarkan kelebihan Muar BC kepada 6-0 selepas menjinakkan Desiree Siow Hao Shan 3-0(11-7, 11-8, 11-9) sebelum Han Sang Hun/ Lee Hyo Jung dari Korea Selatan melengkapkan kejayaan mereka.

Gandingan itu menang 3-0 (11-8, 11-7, 11-6) ke atas Ong Yew Sin/Shevon Lai Jemie dalam pertarungan beregu campuran. Pengurus Muar BC Huan How Han gembira dengan persembahan mantap pemainnya tetapi mengakui cabaran di final akan lebih sengit.

"Di final esok (Ahad), saya lebih memilih bertemu Puchong United berbanding (juara bertahan), Kepong BC. Saya pasti mereka yang bermati-matian untuk mempertahankan gelaran itu untuk kali kedua berturut-turut," kata Huan.

Pengurus Ampang Jaya BC, Ho Khek Mong turut gembira dengan persembahan anak buahnya ketika menentang Muar BC walaupun mengharapkan pemainnya dapat sekurang-kurangnya mengutip tiga mata.

Kepong BC akan menentang Puchong United dalam satu lagi pertemuan separuh akhir lewat hari ini.

Untuk rekod, Kepong BC menewaskan Muar BC 13-8 untuk muncul juara Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting buat kali pertama musim lepas.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan