Skuasy: Nicol Gagal Ke Final Kejohanan Juara-Juara

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 1:04 PM

Datuk Nicol David

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David terlepas peluang untuk merampas kembali takhta pemain nombor satu dunia selepas tewas pada saingan separuh akhir Kejohanan Juara-Juara di New York, Amerika Syarikat pagi Khamis.

Nicol yang kini berada pada ranking ketiga dunia, yang juga pilihan kedua kejohanan, tewas kepada pemain pilihan ketujuh dari Mesir, Nour El Sherbini 8-11, 5-11 dan 6-11 dalam masa hanya 26 minit.

Nicol boleh merampas kembali kedudukan pemain nombor satu dunia, yang kini dipegang oleh Laura Massaro dari England, jika menjuarai kejohanan itu.

Menurut laman web rasmi kejohanan, www.tocsquash.com, Nicol bermula cemerlang apabila menewaskan Victoria Lust dari England 11-2, 11-3 dan 11-2 pada pusingan pertama, diikuti menang ke atas Annie Au dari Hong Kong 11-2, 11-5 dan 11-7 pada pusingan kedua.

Dalam saingan suku akhir pula, Nicol bertungkus lumus menundukkan pemain dari Mesir, Omneya Abdel Kawy 11-6, 10-12, 10-12, 11-3 dan 11-5 dalam masa 56 minit.

Pada final kejohanan itu, El Sherbini dijadualkan bertemu Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan