Kelab Bandar Muar Sahkan Kejuaraan Walau Tewas Kepada Puchong United

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 10:56 PM

Pemain perseorangan lelaki Muar City BC Lee Yun Il beraksi menentang pemain Puchong United BC pada Liga Purple 2015/2016 di Arena of Stars, Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Kelab Badminton Bandar Muar mengesahkan kejuaraan pada Liga Purple 2015/2016 walaupun tewas kepada Kelab Badminton Puchong United pada perlawanan terakhir liga yang berlangsung di Arena of Stars, malam Ahad.

Biarpun tumpas kepada Puchong United 8-9, selaku juara Kelab Badminton Bandar Muar membawa pulang wang tunai RM1 juta apabila mengumpul 106 perbezaan mata selepas 11 pusingan.

Kelab Puchong United di kedudukan ketiga liga dengan jumlah perbezaan 32 mata, meraih RM200,000.

Naib juara Kelab Badminton Petaling Jaya pula meraih RM400,000 selepas mengalahkan Kelab Badminton Kepong pada perlawanan terdahulu, Ahad.

Pada perlawanan malam ini menyaksikan Kelab Puchong United mendahului tiga mata menerusi pemain perseorangan lelaki, Liew Daren yang menewaskan Tan Chun Seang dari Kelab Bandar Muar 11-7, 11-9, 11-7.

Kelab Puchong United terus memberi tekanan terhadap lawannya itu dengan menguasai acara perseorangan wanita apabila Ayumi Mine dari Jepun mengalahkan Rusydina Antardayu dari Indonesia 7-11, 11-6, 11-5, 11-5.

Namun, beregu campuran menyumbangkan kemenangan pertama kepada Kelab Bandar Muar apabila pasangan Chan Peng Soon/Lee Hyo Jung menewaskan Cheng Wen Hsing/Wong Fai Yin 11-8, 11-9, 11-9.

Menampilkan pemain beregu nombor satu dunia Lee Yong Dae dari Korea Selatan bergandingan dengan pemain negara, Tan Wee Kiong, Kelab Bandar Muar meraih kemenangan kedua apabila mudah menewaskan Ow Yao Han/Tan Wee Gieen 11-3, 11-8, 11-9.

Nasib malang, bagaimanapun menimpa pemain nombor 12 dunia, Lee Hyun Il dari Korea Selatan yang mewakili Kelab Bandar Muar, apabila tewas mengejut kepada pemain perseorangan lelaki Puchong United, Ng Ka Long Angus 5-11, 11-4, 11-10, 11-8.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid.

Sementara itu, Yong Dae berkata beliau berpuas hati kerana berjaya membantu Kelab Badminton Bandar Muar meraih gelaran pada kejohanan kali ini, dan bersedia beraksi pada edisi akan datang.


"Liga Purple memberi saya peluang bergandingan dengan pemain Malaysia.Saya selesa berpasangan dengan Wee Kiong dan beliau juga pemain berbakat," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Lapan pasukan teratas pada Liga Purple 2015/2016 akan bersaing dalam  Cabaran Juara-Juara yang akan berlangsung dari 12 hingga 17 Jan ini, di sini.

Pasukan berkenaan adalah kelab badminton Bandar Muar, Petaling Jaya, Puchong United, Cheras, Petaling, Kepong, Ampang Jaya dan Serdang.

Tags / Kata Kunci: Liga Purple , Bandar Muar , Puchong United

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan