ATP Qatar: Djokovic, Nadal Mara Ke Suku Akhir - Raket | mStar

ATP Qatar: Djokovic, Nadal Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 10:42 AM

Novak Djokovic.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN No.1 dunia, Novak Djokovic hanya memerlukan tempoh selama sejam untuk menewaskan Fernando Vardasco 6-2 6-2, sekali gus mara ke pusingan suku akhir kejohanan ATP Qatar, awal pagi Khamis.

Pada tahun lalu, Djokovic turut melangkah ke kelompok lapan pemain terakhir dan kini dilihat bakal mengulangi pencapaian terbaiknya.

"Saya berasa sangat gembira dengan permulaan cemerlang saya pada musim ini.

"Sudah pasti perkara saya fikirkan adalah untuk buat lebih baik. Tetapi saya puas hati dengan cara saya bermain dalam dua perlawanan awal," kata Djokovic sejurus tamat perlawanan.

Djokovic akan berdepan Leonardo Mayer.

Rafael Nadal.

Sementara itu, Rafael Nadal turut memastikan slot ke suku akhir selepas menewaskan Robin Haase 6-3 6-2 pada perlawanan berasingan.

"Gembira untuk mara ke pusingan seterusnya. Saya fikir saya bermain dalam perlawanan yang hebat," kata Nadal. 

Nadal akan bertemu Andrey Kuznetsov pada Khamis.

Kemaraan Djokovic dan Nadal ke suku akhir menguatkan lagi jangkaan pertembungan kedua-dua pemain itu di final.

Tags / Kata Kunci: ATP Qatar , Novak Djokovic , Rafael Nadal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan