Chong Wei Ketuai Cabaran Pemain Tempatan Pada Malaysia Masters

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 8:37 PM

Datuk Lee Chong Wei

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan mengepalai cabaran pemain tempatan pada Kejohanan Malaysia Masters 2016 yang merupakan sebahagian daripada Siri Grand Prix Emas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam usaha untuk layak ke Sukan Olimpik Rio sebagai empat pemain teratas dunia.

Pengurus pentadbiran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ahmad Mohd Idris selaku sekretariat kejohanan berkata kejohanan itu akan menjadi pentas untuk  Chong Wei meraih mata ranking dunia BWF untuk berada dalam kelompok empat pemain teratas.

"Selain meraih mata ranking dunia, Chong Wei akan beraksi di hadapan penonton tempatan dan diharapkan beliau dapat merangkul gelaran," kata beliau kepada pemberita di sini Khamis.

Chong Wei kini menghuni ranking kelima dunia di belakang Lin Dan (China) di tempat keempat, Kento Momota (Jepun) di tempat ketiga, Jan O Jorgensen (Denmark) di tempat kedua sementara Chen Long (China) mendahului ranking.

Ahmad berkata 338 pemain dari 28 negara termasuk Indonesia, Singapura, Jepun, Thailand, Amerika Syarikat, Hong Kong dan India telah mengesahkan penyertaan bagi kejohanan GP Emas itu yang menawarkan hadiah US$120,000 (RM516,000) yang akan berlangsung di SPICE Arena buat kali pertama, dari 19 hingga 24 Jan ini.

Chong Wei, selaku pilihan utama kejohanan, akan memulakan kempen dengan menentang pemain India, R.M.V Gurusaidutt dan beliau dijangka melangkah ke suku akhir untuk bertemu sama ada pemain India, Ajay Jayaram atau pemain Hong Kong, Hu Yun sebelum bertemu pilihan ketiga Tommy Sugiarto dari Indonesia di pentas separuh akhir.

Pilihan kedua K. Srikanth dari India akan berentap dengan pemain Malaysia Chong Wei Feng pada pusingan pertama.

Pemain perseorangan Malaysia lain yang membawa cabaran ialah Liew Daren, Lim Chi Wing, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Goh Soon Huat, Soo Teck Zhi, Tan Chun Seang, Mohd Arif Abdul Latif dan Zulfadli Zulkiffli.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan Malaysia ialah Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Hoon Thien How-Lim Khim Wah.

Dalam kategori wanita, pemain kelahiran Pulau Pinang selaku pilihan ke-32 dunia, Tee Jin Yi akan mengetuai cabaran negara bersama beregu pilihan ke-11 dunia, Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan pilihan ke-19 beregu dunia, Amelia Alicia Anscelly/Soong Fei Choo.

Sementara itu, beregu campuran Malaysia akan diwakili oleh beregu pilihan ke-15 dunia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Tags / Kata Kunci: Datuk Lee Chong Wei , Malaysia Masters , BWF

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan