ATP Qatar: Djokovic Bermula Cemerlang

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 7:21 AM

Novak Djokovic.

(Ubah saiz teks)

DOHA, Qatar:  Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic memulakan kempen awal musim ini dengan cemerlang apabila menewaskan Dustin Brown dari Jerman, 6-2, 6-2 pada pusingan pertama ATP Qatar pada awal pagi Selasa.

ATP Qatar merupakan satu-satu kejohanan yang menyaksikan Djokovic gagal mara ke aksi final berikutan tewas di pusingan suku akhir pada 2015.

Pada tahun lalu, Djokovic mencatatkan preatasi terbaik dalam kariernya dengan menjuarai 11 trofi.

"Jelas sekali anda tidak pernah tahu bagaimana untuk memulakan aksi pada awal musim dengan cemerlang.

"Saya fikir saya menggunakan tempoh rehat dengan baik untuk berlatih dan mengembalikan stamina dan saya fikir ia permulaan yang bagus," kata Djokovic.

Pemain Sepanyol, Daniel Munoz De La Nava pula menewaskan rakan senegara, Feliciano Lopez 3-6, 7-6 (4), 7-5.

Sementara itu, pemain pilihan ketujuh kejohanan, Jeremy Chardy dari Perancis menundukkan Mubarak Shannan Zayid dari Qatar, 6-1, 6-1.
Tags / Kata Kunci: Novak Djokovic , ATP Qatar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan