Tenis: Soderling Akhirnya Bersara Selepas Menderita Sakit

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 7:26 AM

Robin Soderling

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pemain tenis dari Sweden, Robin Soderling yang terkenal kerana menjadi orang pertama dapat menewaskan Rafael Nadal di Terbuka Perancis telah bersara daripada tenis profesional kerana menderita sakit.

Pemain berusia 31 tahun itu yang menjadi naib juara di Roland Garros sebanyak dua kali, tidak bermain untuk acara ATP World Tour sejak 2011 disebabkan mononucleosis, sejenis penyakit berkaitan virus tenaga.

"Terima kasih dengan semua kata-kata semangat anda. Sangat sedih kerana saya tidak akan bermain tenis secara profesional lagi, tetapi membaca semua mesej anda membuatkan saya berasa lebih baik," kata Soderling dalam akaun Twitternya.

Soderling menyertai kejohanan selama 10 tahun dan menunjukkan kebangkitan pada 1994.

Pada tahun 2009 beliau telah menamatkan dominasi Nadal di Paris dengan kemenangan yang menakjubkan, tetapi tewas kepada Roger Federer pada perlawanan akhir, satu-satunya gelaran yang dirangkul Federer di gelanggang tanah liat untuk grand slam.
Tags / Kata Kunci: Robin Soderling , pemain tenis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan