Jangan Hanya Fokus Kepada Pemain Perseorangan Lelaki - Chong Wei

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 5:47 PM

Chong Wei (tengah) memberi keterangan mengenai program 'The Legends Vision' sambil disaksikan pemain Lagenda Indonesia, Taufik Hidayat (kiri) dan pemain Lagenda Denmark, Peter Gade (kanan) ketika majlis Program 'The Legends Vision' pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penguasaan Malaysia dalam arena badminton di pentas antarabangsa tidak seharusnya tertumpu kepada pemain perseorangan lelaki sahaja, kata jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Beliau berkata walaupun jurang prestasinya dengan pemain perseorangan lelaki Malaysia lain sangat besar, skuad badminton negara masih mempunyai perseorangan wanita serta beregu campuran yang semakin menunjukkan peningkatan dalam beberapa kejohanan antarabangsa.

Misalnya, Chong Wei berkata pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia, perlu diberikan bimbingan serta sokongan supaya bakat pemain berusia 15 tahun itu tidak disia-siakan.

"Kita tahu standard saya dengan pemain perseorangan lelaki Malaysia yang lain sangat jauh, tetapi kita jangan berhenti memberi sokongan kepada pemain junior.

"Kita kena terima pemain baru dan terus mencari pemain berbakat, jangan tertumpu kepada pemain sedia ada sahaja (seperti Chong Wei Feng dan Iskandar Zulkarnain).

"Apa yang boleh saya bantu, saya akan bantu sebelum bersara tetapi saya hanya boleh berkongsi pengalaman sebab mereka ada jurulatih, sama seperti saya," ," katanya kepada pemberita selepas program bual bicara bersama legenda badminton di sebuah hotel di sini Selasa.

Turut hadir pada program bual bicara itu ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin serta legenda badminton dunia, Taufik Hidayat dari Indonesia serta Peter Gade dari Denmark.

Chong Wei juga berharap semua pihak tidak memberi tekanan terhadap pemain muda seperti Jin Wei, sebaliknya membantu beliau bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Kejayaan seseorang atlet itu bergantung kepada sikap dan disiplin dalam latihan dan rutin harian masing-masing, katanya.

"Seseorang pemain perlu menjaga disiplin. Jika kita tidur lewat, pastinya sukar menjalani latihan pada 6.30 pagi. Saya faham, kadang-kala kita ada aktiviti malam tetapi kita perlu berdisiplin," katanya.

Malaysia menjadi tuan rumah perlawanan pertunjukan Jelajah Legenda Badminton Dunia di Stadium Cheras di sini Selasa, melibatkan Chong Wei, Taufik serta Gade.

Lin Dan dari China, yang dijadual menyertai jelajah berkenaan, tidak dapat menyertainya pada perlawanan kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan