Federer Berpisah Dengan Jurulatih Edberg Selepas Dua Tahun

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 6:01 PM

Federer dan Edberg (kiri).

(Ubah saiz teks)

JUARA 17 kali grand slam, Roger Federer berpisah dengan jurulatihnya, Stefan Edberg dan memilih Ivan Ljubicic untuk aksi 2016.

Bekas pemain nombor satu dunia, Edberg mula bekerjasama mengetuai pasukan jurulatih Federer sejak Januari 2014 selepas mengambil alih tugas Severin Luthi.

"Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Stefan Edberg, idola saya ketika kanak-kanak yang bersetuju menyertai pasukan saya," jelas Federer di status laman Facebook miliknya.

"Ia seperti mimpi menjadi kenyataan walaupun sepatutnya kami bersama hanya untuk 2014.

"Stefan sangat luar biasa dan bersetuju untuk terus bersama sehingga tahun ini. Saya amat menghargainya.

"Dia banyak mengajar saya dan pengaruhnya terhadap corak permainan saya akan diteruskan. Malah dia sentiasa akan menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

"Severin Luthi, yang telah bekerjasama dengan saya sejak 2008 akan menjadi jurulatih utama dan dia akan menyertai Ivan Ljubicic," tambah Federer.

Ljubicic merupakan bekas pemain nombor ketiga dunia dari Croatia sebelum bersara pada tahun 2012 dan merupakan jurulatih pemain Kanada, Milos Raonic selama dua tahun sehingga bulan lalu.

Selain itu, Edberg kelahiran Sweden berkata 'dua tahun yang menakjubkan'.

"Ia sangat jelas sejak mula malah satu kerjasama istimewa, bekerja dengan duta tenis yang terhebat," jelas bekas pemenang enam kali grand slam dalam satu kenyataan.

"Saya percaya Roger akan terus meninggalkan kesan dalam sukan tenis, dan mampu menjuarai kejohanan utama".

Sementara itu, Federer yang menamatkan musim 2015 di tangga ketiga dunia dengan enam gelaran juara bakal memulakan aksi pertama tahun depan di Brisbane.

Tags / Kata Kunci: Roger Federer

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan