Lee Chong Wei Pemain Paling Mahal Dalam Lelongan

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 4:56 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain rebutan utama dalam lelongan bagi Liga Badminton Premier 2016  yang berprestij.

Lelongan itu berkesudahan dengan pasukan Hyderabad Hunters memperoleh khidmat Chong Wei pada harga USD100,000 (kira-kira RM420,000) untuk menghadapi pusingan awal kejohanan itu di Mumbai, yang berlangsung mulai 2 Jan dan perlawanan akhir diadakan pada 17 Jan di sini.

Pemain Nombor 2 dunia dari India, Saina Nehwal, akan bermain untuk Awadh Warriors dari Lucknow setelah pemberi francais membayar USD100,000 (kira-kira RM420,000) untuk khidmatnya.

Persatuan Badminton India (BAI) menganjurkan liga itu setelah mengadakannya untuk kali pertama pada 2013, yang menarik penyertaan banyak pemain terkemuka dunia.

PBL 2016 melibatkan enam francais, dengan setiap francais menjadi hos bagi satu liga dua hari.

Pasukan yang mengambil bahagian ialah Delhi Acers, Hyderbad Hunters, Mumbai Rockets, Awadhe Warriors, Bengaluru Topguns dan Chennai Smashers.

Selain Chong Wei, dua pasangan beregu Malaysia juga akan menyertai kejohanan dua minggu ini.

Lim Khim Wah dan Hoon Thien How akan bermain untuk Bengaluru Topguns dengan bayaran kira-kira USD15,000 (kira-kira RM63,000) seorang.

Koo Keat Kien dan Tan Bonn Heong pula akan bermain untuk Hyderabad Hunters, dengan Koo dibayar USD36,000 (kira-kira RM151,200) dan Tan USD30,000 (kira-kira RM126,000).

Tags / Kata Kunci: India , Lee Chong Wei

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan