Nicol Rangkul Gelaran Ke-10 Terbuka Hong Kong - Raket | mStar

Nicol Rangkul Gelaran Ke-10 Terbuka Hong Kong

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita utama Malaysia, Datuk Nicol David meraih gelaran ke-10 Terbuka Hong Kong.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu mempamerkan aksi terbaik dengan menewaskan pemain England, Laura Massaro.

Menerusi aksi perlawanan akhir di Pusat Sukan Hong Kong, Nicol memperoleh kemenangan dengan 15-13, 11-5, 11-3.

Kemenangan Nicol membalas semula kekalahannya di tangan Massaro sebanyak dua kali sebelum ini di Terbuka Britain dan Terbuka Amerika Syarikat.


Tags / Kata Kunci: Nicol David

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan