Terbuka Hong Kong: Nicol Mara Ke Pentas Akhir, Rebut Gelaran Ke-10 - Raket | mStar

Terbuka Hong Kong: Nicol Mara Ke Pentas Akhir, Rebut Gelaran Ke-10

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 8:03 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita utama Malaysia Datuk Nicol David berada di landasan yang tepat untuk meraih gelaran ke-10 pada Terbuka Hong Kong.

Pilihan kedua kejohanan itu hanya mengambil masa 24 minit untuk menewaskan pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy 11-4, 11-5 dan 11-2 pada aksi separuh akhir, demikian menurut laman sesawang kejohanan www.hksquashopen.com.  

Perlawanan berkenaan telah diubah ke gelanggang kaca di Pusat Sukan Hong Kong.

Dalam usaha mempertahankan gelarannya buat kali ke-10 itu, Nicol akan berdepan pemain England, Laura Massaro. Laura menempah tempat ke perlawanan akhir selepas menumpaskan pilihan utama yang juga pemain nombor satu dunia, Raneem Ek Weleily 11-4, 11-5 dan 11-8 dalam aksi yang berlangsung selama 33 minit.

Untuk rekod, Nicol menjuarai Terbuka Hong Kong sembilan kali berturut-turut sejak 2006.

Tags / Kata Kunci: NIcol
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan