Nicol Tewaskan Delia Untuk Mara Ke Suku Akhir Terbuka Hong Kong

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 11:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David menewaskan rakan senegara Delia Arnold untuk melangkah ke pentas suku akhir Terbuka Hong Kong 2015 pada Khamis.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 32 tahun itu mengambil masa hanya 20 minit untuk menundukkan Delia dengan straight set 11-1, 11-4 dan 11-3.

"Ia membantu apabila pernah bertarung di gelanggang itu tetapi saya perlu memberi lebih tumpuan dari mula," kata Nicol menerusi cacatan dalam laman Twitter kejohanan.

Nicol akan berentap dengan pemain New Zealand Joelle King, yang menumpaskan pemain India Joshana Chinappa 9-11, 11-8, 9-11, 12-10 dan 11-6, dalam aksi suku akhir.

Sementara itu, Low Wee Wern terpaksa menarik diri daripada perlawanan menentang pilihan utama kejohanan, Raneem El Weleily dari Mesir kerana kecederaan.

Raneem sedang mendahului 11-9 dan 11-3 sebelum Wee Wern menarik diri.

"Ia merupakan satu kesukaran menentang Raneem walaupun dengan dua belah kaki tetapi dengan hanya sebelah kaki, ia adalah mustahil," kata Wee Wern. 

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 25 tahun itu masih menjalani pemulihan selepas menjalani pembedahan pada lutut dan tidak menyertai kejohanan selama tujuh bulan.

Terbuka Hong Kong ialah pertandingan pertama Persatuan Skuasy Profesional  (PSA) yang disertainya selepas pulih daripada kecederaan. 


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan