Chong Wei Ketepi Hasrat Bersara Selepas Sukan Olimpik 2016

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 8:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa melupakan hasrat untuk bersara selepas Sukan Olompik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil memandangkan keringatnya masih ditagih pada temasya Sukan SEA 2017.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah menyuarakan keinginan untuk beliau terus beraksi di gelanggang sendiri apabila Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan dwitahunan itu.

Justeru, pemain berusia 33 tahun itu berkata beliau akan cuba yang terbaik untuk mengekalkan prestasi demi beraksi di hadapan penyokong tempatan pada temasya itu nanti.

"Saya akan cuba yang terbaik sebab saya pun tidak pernah menang di Sukan SEA (untuk acara perseorangan) lagi.

"Selepas Sukan Olimpik, rasanya saya masih pemain terbaik negara dan saya akan cuba yang terbaik untuk kekalkan kedudukan itu sehingga Sukan SEA nanti.

Saya tidak boleh janji, tetapi saya akan cuba yang terbaik," katanya pada sidang media sempena program jelajah 'Yonex Legends' Vision' di sini, Khamis ini.

Chong Wei sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk bersara selepas Sukan Olimpik 2012 di London namun membatalkan niat itu untuk terus beraksi sehingga temasya 2016 di Rio de Janeiro.

Beliau merupakan pemenang pingat perak acara perseorangan pada temasya Sukan Olimpik 2008 di Beijing dan 2012 di London.

Sementara itu, katanya beliau akan menerima cadangan dan nasihat daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung jadual kejohanan yang bakal disertainya pada tahun depan.

Katanya beliau akan mengambil bahagian pada Kejohanan Malaysia Masters 2016 di Pulau Pinang pada bulan Januari diikuti Kejohanan Berpasukan Asia 2016 di Hyderabad, India pada Februari dan All England pada Mac.

Menurutnya, kemungkinan beliau akan menyertai Terbuka Jerman atau Terbuka Switzerland pada Mac dan satu atau dua kejohanan sebelum Sukan Olimpik pada Ogos nanti.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Olimpik , Sukan SEA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan