Yuen, Vanessa Mara Ke Final Kelayakan Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 9:33 PM

Ivan Yuen (kiri) dan Vanessa Raj.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemain negara, Ivan Yuen dan Vanessa Raj melangkah ke final perlawanan kelayakan Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong selepas menumpaskan lawan masing-masing pada perlawanan kelayakan pertama yang berlangsung di Kelab Bola Sepak Hong Kong, Ahad.

Yuen, yang melangkah ke separuh akhir Kejohanan Kebangsaan, mengambil masa hanya 22 minit untuk menundukkan pemain tuan rumah, Ma Tsz Hei dengan 11-8,11-2,11-7 untuk mara ke pentas kelayakan final kategori lelaki menentang Declan James selepas pemain England itu menewaskan rakan sepasukan Ma, Ho Ka Hei dengan 11-4, 11-4 dan 11-2.

Raj melangkah ke final pusingan kelayakan kategori wanita selepas menundukkan pemain tuan rumah, Cheng Nga Ching dengan 11-5,11-5,11-8 dalam masa hanya 23 minit, menurut laman sesawang kejohanan, www.hksquashopen.com.

Beliau akan bertemu pemain Mexico, Samantha Teran, pada Isnin untuk menentukan pemain yang akan mara ke undian utama.

Sementara itu, ratu skuasy negara dan pemain nombor dua dunia, Datuk Nicol David yang memburu gelaran ke-10 Terbuka Hong Kong, akan menentang pemain Hong Kong, Liu Tsz Ling dalam perlawanan pembukaan pada Rabu.

Untuk rekod, Nicol telah sembilan kali berturut-turut menjuarai kejohanan itu sejak 2006.

Low Wee Wern yang beraksi kembali ke pentas antarabangsa selepas lama berehat akibat kecederaan lutut, akan menentang pemain dari pusingan kelayakan pada Selasa sementara Juara Kebangsaan 2015, Delia Arnold akan menentang pemain Guyana, Nicolette Fernandes, sehari kemudian.

Pemain utama lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan, sebaliknya akan memulakan cabaran menentang pemain England, Daryl Selby pada Selasa.

Semua perlawanan pusingan awal dalam kedua-dua kategori akan berlangsung di Pusat Skuasy Hong Kong sebelum berpindah ke Pusat Skuasy Hong Kong Park bermula dengan perlawanan separuh akhir. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Ivan Yuen , Vanessa Raj

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan