Soon Huat Teruskan Cabaran Malaysia Di Macau

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 12:13 PM

Goh Soon Huat
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Grand Prix Emas Terbuka Macau diteruskan ke separuh akhir selepas Goh Soon Huat melakar kejutan dengan menyingkirkan pemain pilihan, B. Sai Praneeth dari India, Jumaat.

Soon Huat, 25, yang sudah menewaskan beberapa pemain pilihan dalam laluan ke suku akhir Grand Prix Emas buat kali pertama cemerlang apabila menundukkan pilihan ke-15, Praneeth 21-16, 21-23, 21-13.

Kemenangan tersebut membantu memperbaiki rankingnya daripada kedudukan 82 dunia ketika ini.

Sebelum ini, Soon Huat mengalahkan Tanongsak Saensomboonsuk (Thailand) dan Wang Tzu-wei (Taiwan) pada pusingan awal.

“Saya tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi, sebalik­nya hanya mahu memberi aksi terbaik dan cuba mara sejauh yang boleh.

“Biarpun ada ketika saya melakukan kesilapan mudah, namun secara keseluruhan permainan saya agak baik sepanjang minggu ini.

“Berjaya menewaskan beberapa pemain dengan ranking lebih tinggi sudah tentu akan meningkatkan keyakinan saya untuk pergi lebih jauh,” kata Soon Huat, naib juara Grand Prix Emas Terbuka Malaysia 2013.


Tags / Kata Kunci: Goh Soon Huat , Macau

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan