"Chong Wei Tahu Apa Dia Buat" - Khairy

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 9:00 AM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yakin sebarang keputusan atau langkah yang diambil oleh jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei adalah untuk kebaikan dirinya sendiri.

Khairy percaya apa yang dilakukan oleh Chong Wei adalah demi masa depan serta matlamat beliau untuk menyumbang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

"Saya rasa Chong Wei tahu apa dia buat dan kita akan membuat persiapan terbaik untuk Chong Wei sebelum beliau ke Olimpik," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis, selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN di Singapura dari 3 hingga 9 Disember ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan beberapa pihak yang berpendapat jaguh badminton negara itu berada di tahap kemuncak terlalu awal dan akan menurun menjelang Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada Ogos tahun depan.

"Takkan kita hendak fikir macam itu. Kalau Chong Wei kalah, kita kecam dia.Kalau menang, kita kata pula Chong Wei mencapai kemuncak terlalu awal," katanya.

Pemain perseorangan lelaki utama negara itu meraih tiga kejayaan pada penampilannya di Super Siri - Terbuka Perancis, Terbuka China dan Terbuka Hong Kong.

Malah, kejayaan beliau dianggap lebih manis apabila berjaya menewaskan dua musuh tradisinya dari China, Lin Dan dan Chen Long pada Terbuka China baru-baru ini.

Pemain berusia 33 tahun itu melonjak ke ranking ketiga dunia daripada kedudukan keenam selepas muncul juara Terbuka Hong Kong, minggu lepas, di belakang Chen Long yang masih kekal sebagai pemain nombor satu dunia diikuti pemain Denmark, Jan O Jorgensen.

Chong Wei dikatakan bakal berdepan jadual padat pada tiga bulan pertama tahun depan dalam usahanya memecah kelompok empat terbaik dunia bagi membolehkan beliau mendapat laluan lebih mudah pada temasya Olimpik 2016.

Bekas pemain nombor satu dunia itu perlu sekurang-kurangnya menghuni ranking keempat dunia, sekali gus mengelak pertemuan dengan Chen Long dan Lin Dan di pusingan awal.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan